I'm Waiting You
Who?



Nama diberi Aqilah Izzati. Pelajar SPM tahun 2013
Dear Stalker, please be nice here :)



Story About Links Goodies

Find Me

Contact me at...

: Aqilah Izzati
: @aqilahizzati
: - - -
: _aqilahizzati
: aqillahizzati@yahoo.com


Follow Me

KEPUTUSAN
Friday, April 4, 2014 | 10:00 AM | 0 BlackWhite
Keputusan ?
Keputusan yang aku dapat tidak sehebat pelajar lain. Tetapi ? Aku bersyukur dengan Allah swt berikan. Dia berikan yang terbaik buat semua pelajar, kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat semua. Jangan pernah putus berdoa kepada Dia, Allah yang maha satu.

Aku ? 
Kecewa ? Gembira ? Berduka ? 
Aku bersyukur apa yang Allah berikan, walaupun tidak banyak .. tetapi Allah berikan lebih daripada yang aku minta, Allah, syukran ya Allah. Aku tidak pernah merasai bahagia seperti ini. 
Terima kasih Ya Allah :')

Hadiah ?
Hadiah yang Allah kasi, apabila nama aku disebutkan diatas pentas, aku terpinga pinga, adakah mereka tersalah menyebut nama ? Tidak mungkin, Yaaa, itu aku. sungguh, aku tidak percaya ... menitis airmata bahagia, kerana aku tidak pernah merasai kegembiraan itu. Sungguh ! Tidak pernah ...

Ya Allah, 
aku bersyukur dengan apa yang Engkau berikan, terima kasih ya Allah, kau berikan yang terbaik, dan Engkau telah mengkabuli doa hambaMu ini.
Syukran ya Allah ...


- 2014 -
| 9:25 AM | 0 BlackWhite
Bismillahirahmanirahim...
Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha mengasihani, alhamdulillah sudah masuk bulan April pada tahun 2014. Aku? Aku masih sama seperti dahulu. Tiada yg berubah. Tiada ...
Sekejap kan masa berlalu pergi ? Hari yg berlalu pergi bagaikan sepantas kilat. Kini semuanya pergi meninggalkan kenangan, pahit ? manis ? semuanya tersirat didalam ingatan. Tidak akan aku lupa apa yang berlaku pada tahun 2013. Tidak ...
Aku berharap agar tahun 2014 lebih baik dari tahun lepas, semoga Allah swt permudahkan segala urusan pada tahun ini, insyaAllah :')


sincerely :
AqilahIzzati 

Permudahkan Kami ...
Saturday, October 19, 2013 | 7:29 PM | 0 BlackWhite


Ya Allah,
Permudahkan kami,
untuk mengingati segala pelajaran,
yang kami telah pelajari dan ulangkaji,
selama ini.

Ya Allah,
sesungguhnya,
Kau buangkanlah sikap malas,
yang ada pada diri ini,
Kau beikanlah kami sikap kerajinan.

Ya Allah, 
Kau kuatkan lah semangat kami,
semangat untuk belajar bersungguh-sungguh.
Jauhi kami dari..
cepat berputus asa.

Ya Allah,
Permudahkan kami,
untuk menjawab peperiksaan 
SPM yang akan datang.

Ya Allah,
sesungguhnya,
Kami ingin membanggakan kedua ibu bapa kami,
dan kami ingin menggembirakan hati guru-guru kami.
Kami ingin buktikan kepada orang di sekeliling kami,
yang kami boleh !
Boleh berjaya pada masa,
masa yang akan datang nanti.

Ya Allah,
kami bukan siapa-siapa,
yang hanya tahu meminta padaMu,
kami hanya hambaMu yang lemah.

Ya Allah,
Kau makbulkan doa kami,
doa kami,
Pelajar SPM Tahun 2013.


sincerely : AqilahIzzati



Sukar
Friday, September 13, 2013 | 8:54 PM | 0 BlackWhite
Syukur, aku masih diberi peluang untuk terus hidup di dunia yang fana ini. Ya. Masa sungguh pantas berlalu. Meninggalkan banyak kenangan. Jauh sangat ... aku, kau, dan dia tidak boleh kejar masa yang berlalu pergi itu. Walau apa pun caranya. Tetap TIDAK BOLEH.
Kini, sudah pun bulan September. Adakah aku masih lagi dibuai mimpi ? Aku taktahu. Adakah aku sudah membuat persiapan untuk mengejar masa hadapanku ? Aku juga tidak tahu tidak tahu ... Kenapa dengan aku ? Tepuk dada tanya hati ...
Percubaan SPM sudah berakhir. Kini aku hanya menunggu, menunggu keputusan yang bakal diperoleh. Adakah prestasi aku menurun ? Ya, aku dapat rasakan ianya menurun. Kerana banyak soalan yang sukar untuk dijawab. Terpinga-pinga aku untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Susah? ya teramat susah. Sukar digambarkan oleh orang-orang sekeliling. Aku perlu redha setelah aku berusaha, aku hanya mampu berdoa pada yang Esa, agar aku memperolehi keputusan yang baik. InsyaAllah. 
Setelah menghitung hari lamanya, sudah tinggal 55 hari aku akan menyahut cabaran besar. Cabaran yang akan menentukan masa hadapan aku. Iaitu SPM. Cuak, getak, gementar, takut semua ada. Aku tak boleh gambarkan, bagaimana aku akan menduduki peperiksaan itu. Adakah aku .... hmmm
Sambil aku menaip di papan kekunci ini pelbagai persoalan yang bermain di minda aku. Aku terdiam sejenak. Ya. Aku perlu berubah. Berubah kearah kebaikan. Aku tidak mahu kecewakan orang sekeliling aku. Tapi ? Adakah aku hanya bercakap kosong ?
Sincerely: AqilahIzzati


Raya VS Trial
Thursday, August 15, 2013 | 8:24 AM | 0 BlackWhite
Harini, aku menghabiskan masa aku dengan mengedit blog, blog yang telah lama bersawang terlalu banyak habuk aku dapati. Aku tukar skin, tukar lagu, dan sebagainya. Kini blog aku sudah pun berubah wajah. Wajahnya kini sudah cantik lagi menawan, macam tuan punya blog ni . Betul kan ? Aku tak tipu ...
Terlalu cepat masa berlalu, aku juga terlalu sibuk mengejar masa, masa untuk menghantar folio dan lain lain, kini alhamdulillah semuanya sudah siap. Tidak perlu lagi aku harus stayback sampai pukul 4. Tapi, ada yang menunggu aku ... dia setia menunggu aku iaitu SPM.
Malam masih muda, sambil aku mengunyah waffle, aku terfikir apa yang aku nak ceritakan ... jadi kunyah punya kunyah terhasil lah sebuah tajuk untuk post harini iaitu, RAYA VS TRIAL.
Raya : 
Pada 1 Syawal yang lepas, aku beraya di kampung aku KELANTAN. Seronok memang seronok . Tapi, terasa janggal apabila sudah tiada lagi insan yang bernama Muhammad Razif Bin Ismail (al-fatihah). Aku sedih, sebab aku tak dapat pergi kubur arwah ... adakah aku kejam ?
Aku duduk kat kampung dalam seminggu, tiada apa yang menarik, sama seperti tahun yang lalu. Duit raya yang aku dapat hanya 100 lebih, aku bersyukur ... sebab dalam banyak-banyak tahun, tahun ni aku rasa paling banyak. Jadi, aku balik KL hari isnin lepas, rindu KL ? hmm boleh lah. Tapi bila dah sampai KL nak balik Kelantan balik, selalu macam tu, lumrah manusia..
Trial :
Dalam bulan Syawal ni, aku tidak dibenarkan beraya sakan kerana Trial SPM menunggu aku. 28hb ni aku bakal menduduki peperiksaan percubaan. Tapi, aku rasa aku raya sakan je. Buku pun aku tak bawak masa balik Kelantan. Aku risau .. risau bagaimanakah keputusan aku nanti ? adakah teruk ? aku harap tidak, aku nak banggakan mama dan abah aku. Aku taknak sejarah berulang ...
Jadi, inilah serba sedikit tentang Raya dan Trial .. walaupun dah terlambat, aku tetap nak wish, 

SELAMAT HARI RAYA, MAAFKAN AKU JIKA AKU ADA BUAT KORANG TERASA , SAKIT HATI DAN SEBAGAINYA, HARAP KORANG MAAFKAN AKU

sincerely :
AqilahIzzati♥ 


Exam please be nice to me :')
Saturday, April 27, 2013 | 10:38 PM | 0 BlackWhite

Dear exam, please be nice to me :)

Holla gengg ! Eh lama kan Lala tak update blog ? K berhabuk fuhh ~ tiup sikit *aceumm* xD Haha. Okay perasan tak ? Dah nak habis bulan April kan ? Hish awalnyaa, cepatnya masa berlalu. Hmm :( SPM pun dah dekat *tersedak* Arghh IM NOT READY YET ! bak kata Pn Norliza tinggal lagi 3 bulan tolak makan minum cuti mandi dan sebagainya ~ hmm macam stress je ehh tak boleh stress ~
Okay nak cerita pasal exam yang bakal tiba tak lama lagi ni, exam start 2hb Mei 2013 Khamis depan kot. hish satu apa pun Lala tak baca apa lagi. Bukan apa, banyak halangan ohh kelas pun dah lama tak masuk sebab training tarian untuk Hari Anugerah Cemerlang. Sekarang dah free nak focus SPM taknak masuk event apa-2 lagi kat sekolah tu. Time form 5 ni lah ramai orang buking ~ haha K poyo eh betul what, masa form 4 dulu krik krik masa form 5 ni baru nak busy itulah inilah and whatever. Haa, and one more thing Lala dapat sijil matapelajaran terbaik subjek ERT 2012 masa Hari Anugerah semalam. Wahh syukur alhamdulillah, walaupun subjek ERT bukan senang nak dapat woo ~ Harap tahun depan boleh dapat lagi insyaallah :) Bukan subjek tu je maybe subjek lain sekali hee :'D
Okay sampai sini jelah yang Lala boleh share, takda apa yang menarik untuk bulan ni. By the way wish me luck for my midyear examm :D Tataaaa ~
    sincerely: Aqilahizzati♥                   


INTERNATIONAL DAY
Saturday, March 23, 2013 | 2:00 AM | 0 BlackWhite
Holla geng ! :D okay, harini Lala nak cerita pasal ... INTERNATIONAL DAY . Apa itu International Day ? International Day ini adalah Hari Pertukaran Pelajar.. lebih kurang laa. Pelajar UNI RAZAK dan Pelajar Kolej BABSON,us . Okay.. apa kena mengena dengan sekolah kitorang ? Hmm , cerita dia cemni laa . Pelajar Uni Razak ni kena buat assigment dengan Pelajar Babson ni. Ada 5 sekolah yang bakal bertanding, antaranya, Sekolah Kitorang SMKPT, SMK Puteri Wilayah, SMK ZON R1, SMK CONVENT, SMK ST.JOHN. Pelaja Uni Razak ni, kena buat assigment pasal #PeduliCamp . Peduli Camp tu apa ? Alahaii, susah pulak nak explain :( yang penting, kitorang punya TEAM PEDULI MUAFAKAT , lagi 4 sekolah tu, taktau ah diaorang #PEDULI apa, hmm lupakan jela. 
Sebenarnya, Kelas Lala tak layak nak join benda alah ni, yelaa kelas ala ala last laa katakan, kelas depan je dapat masuk, kalau masuk, dapat ahh markah KOKO peringkat ANTARABANGSA .. yelaa siapa taknak dohh ? Pastu, yang kena handle event ni, KELAB KEBUDAYAAN . Lala and the geng kan Kelab Kebudayaan . AJK pulak tu, memey cikgu paksa masuk laa kan, sebab cikgu kata "Prepare untuk tarian , kalau tak, buat malu je Kelab Kebudayaan tak buat tarian" kata cikgu Asniza, cikgu Kebudayaan kitorang. K fine, kitorang join ahh. Tarian ? hmm time tu blurr ~ nak buat tarian apa semua, zapin, dah tak ingat step ~ last-2 biar Lala yang ajar diorang Tarian ASMARADANA ! hmm apamacam ada berani ? Okay, diorang nak try menari tarian tu. Beberapa hari Lala train diorang dengan tarian tu, akhirnya diorang (Yana,Yui,Izzati,Anis,Eno,Ain)  dapat pikap, sayang korang :* 
15 March 2013 : 
Mak aii rehearsal dohh , tarian tak sharp lagi kot, masih berterabur ye ahh baru dua hari kot training :( abang-2 dan kakak-2 Uni Razak tu nak record dah . Baju pulak ? hmm masing-2 taknak tolong carikan , dengan pengetua suruh cari sendiri, ataupun "pakai je apa yang patut kat dalam bilik khazanah tu" katanya ~ err semua tak boleh harap, k fine kitorang pakai je apa yang patut tu. Masa rehearsal , mak aii.. memang terabur kot . Ramai gelakkan . bahkan ada yang kata " BAJU RECYLE " sedih tak terkata woii ! Masa tu frust gila sumpah frust ! pastu , Kakak Uni Razak tu, nak sumbangkan selendang, then , Pembantu Makmal tu nak tolong jahitkan apa yang patut. So masalah selesai :D

taraa~ okay time ni habis rehearsal sempat pose gitu ^^v


18 March 2013 , FIRST DAY 
Gementar, masuk kelas seni dulu .. masa BI baru turun practise, petang tu dah Perform ! Cuak cuak, mulanya Lala relax je, nak jahit manik kat crown Lala :D dah siap, baru Lala dengan Izzati join practise dengan diorang, "weh, buat elok-2 sharp, ingat apa yang aku ajar lagi 2 jam kot" kata Lala. "eishh Lala ni jangan ahh cakap, Ain takut laa" kata Ain. "haa, tula" Anis pula. "aku tak rasa apa-apa pun" Eno kata. See, macam-2 ragam kawan-2 Lala kan kan ? haha . Pukul 2 , okay empat orang kena pegang bunga telur, dan sirih. masatu, Lala , yui, Anis, dengan Izati yang pegang tu, iring VIP. Pembuka majlis, SILAT . Woahh hebat ahh mereka. Pengetua berucap, dan tiba-2 Tarian melayu diumumkan , woahh mengelabah kitorang, sumpah cuak, dah laa Lala jet jet jadi PUTERI GUNUNG LEDANG sebab Lala je lain dari diorang semua xD selesai menari, " fuhh apak lega ohh ~ Bila tengok video yang Marsya rekod, yeahh ! akhirnyaa ! Tarian kitorang cantik, sharp takda yang silap, memang bangga ahh waktu tu :D tak sia-2 lala membebel kat diorang ^^v hee. Sorry, kalau aku terkasar bahasa ke apa erkk :*

Okay, selesai menari :D sempat posing-2 hee xD

⇨ 19 March 2013 , SECOND DAY :
Masa ni, kitorang tak buat apa pun, kitorang just tengok, MAT SALLEH tu, buat ketupat, buat Kuih Melaka, Rasa makanan Melayu,Cina,India. Buat Colum, buat Mural dan lain-lain.


candid :)

20 March 2013 , LAST DAY :
Okay, hari Rabu ni, last day :( kitorang kena gerak ke KARANGKRAF,SHAH ALAM dan hari yang paling dinanti-nantikan buat abang-2 dan kakak-2 Uni Razak tu sebab nak tahu siapa pemenangnya, sampai-2 je, wahh, bertembung dengan budak PUTERI WILAYAH . Ada yang friendly, sebab tegur kitorang, tapi ramai tudung labuh woo ~ masuk-2 je jumpa laa, dengan budak CBN,ST.JOHN,ZON R1 .. paling tak boleh blahh, lawan sorak xD sumpah lawak . Boleh pulak lawan sorak time-2 cenggini ^^v 
Dalam pukul 2 majlis start, presentation dari SMK ZON R1 . Abang dan kakak-2 Uni Rzak yang present, jangan koang fikir budak-2 sekolah tu tauu . Sekolah diorang buat tanam-2 pokok kot. Sebab dalam slide tunjuk cenggitu. taktau ah diorang #PEDULI apa. Lepas sekolah diorang sekolah kitorang, woahh bapak cuak, macam kitorang pulak yang present kat depan tu, padahal Abang dan kakak tu yang present, yeahh apak gempak, slide yang ditayangkan oleh abang/kakak uni razak tabik ahh diorang, ada kitorang laa dalam slide tu, tengah menari, nampak jelas muka Anis, tung ahh ~ haha rasanya slide kitorang yang paling kelakar + gempak sebab sekolah kitorang ada tunjukkan MAT SALLEH yang datang dari BABSON COLLEGE tu cara-2 tarian Melayu, Cina, India . Masakan Melayu, Cina, India. Permainan tradisional masyarakat melayu, dan semua budaya melayu sekolah kitorang tunjukkan . Tu yang best tu :D lepas sekolah kitorang sekolah ST.JOHN lepas tu , KEMBAR dia, CBN . K sumpah bosan bukan nak kata apaa, memang betul, diaorang present, "Anti Pencegah Rasuah" dan CBN "Pendidikan Sepanjang Hayat" aik MAT SALLEH kat sana nak belajar pasal benda ni ke kat MALAYSIA ? hmm pelik, yang Puteri Wilayah punyaa.. taktahu :3 yang penting ada unsur ice blended disitu xD 
Okay, sampailah ke puncak ceritaa, saat yang paling mendebarkan woii, nak umumkan pemenang . Pengacara majlis kata, pemenang kedua *jeng-3* SMK PUTERI WILAYAHHH ! punya bingit telinga Lala, duduk sebelah budah Puteri Wilayah ni, haihh tung ahh tempat kedua, pastu diumukan tempat ketiga, masa ni confius tau, eh ? pengacara ni kata tempat petama ke ketiga ni, ada yang kata tepat pertama, ada yang kata tempat ketiga sebab dalam bahasa BI kann, tapi yang penting dia umumkan sekolah ZON R1 . Tiba-2 pengacara tu kata wang tunai sebanyak RM 1000 , haa ni barulah tempat pertama ! alahaii, berdebar debar, Lala dengan barisan yang sebaris kerusi Lala tu dah pegang tangan kalaulah kitorang yang menang, memang lompat ahh.. Tempat Pertama adalahhhh ... yang CBN dengan ST.JOHN dah sorak "BUKIT NANAS BUKIT NANAS" Yang puteri Wilayah tetiba sorak "MUAFAKAT" aik ? bukan tu kitoang punya team ke, wahh diorang sokong kitoang laa, sayang PUTERI WILAYAH :* hee, "TEMPAT PERTAMA ADALAHHHHH .. SMK PUTERI TITIWANGSAAA " punyalah Lala menjerit macam orang gilaa , Ya Allah, tak sangka kitorang boleh kalahkan CBN dan ST.JOHN . Perghh, apak bestt masatu :') then kitorang semua naik atas pentas, ambil gambar semua.. 
yeahh sampai situ jelaa, really miss this moment !

masa ni baru sampai Karangkraf :)

Dah nak balik masa ni :')
bergambar buat kenangan, lepas menjadi juara ! yahooo :D

 WE ♥ PEDULI MUAFAKAT WE ♥ UNI RAZAK WE ♥ BABSON WE ♥ KARANGKAF
masuk paper woi, haha 
SINAR HARIAN :)



      sincerely : AqilahIzzati ♥