
|
Who? ![]() Dear Stalker, please be nice here :) Story About Links Goodies Find Me Contact me at... Follow Me |
Sukar
Friday, September 13, 2013 | 8:54 PM | 0 BlackWhite
![]()
Syukur, aku masih diberi peluang untuk terus hidup di dunia yang fana ini. Ya. Masa sungguh pantas berlalu. Meninggalkan banyak kenangan. Jauh sangat ... aku, kau, dan dia tidak boleh kejar masa yang berlalu pergi itu. Walau apa pun caranya. Tetap TIDAK BOLEH.
Kini, sudah pun bulan September. Adakah aku masih lagi dibuai mimpi ? Aku taktahu. Adakah aku sudah membuat persiapan untuk mengejar masa hadapanku ? Aku juga tidak tahu tidak tahu ... Kenapa dengan aku ? Tepuk dada tanya hati ...
Percubaan SPM sudah berakhir. Kini aku hanya menunggu, menunggu keputusan yang bakal diperoleh. Adakah prestasi aku menurun ? Ya, aku dapat rasakan ianya menurun. Kerana banyak soalan yang sukar untuk dijawab. Terpinga-pinga aku untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Susah? ya teramat susah. Sukar digambarkan oleh orang-orang sekeliling. Aku perlu redha setelah aku berusaha, aku hanya mampu berdoa pada yang Esa, agar aku memperolehi keputusan yang baik. InsyaAllah.
Setelah menghitung hari lamanya, sudah tinggal 55 hari aku akan menyahut cabaran besar. Cabaran yang akan menentukan masa hadapan aku. Iaitu SPM. Cuak, getak, gementar, takut semua ada. Aku tak boleh gambarkan, bagaimana aku akan menduduki peperiksaan itu. Adakah aku .... hmmm
Sambil aku menaip di papan kekunci ini pelbagai persoalan yang bermain di minda aku. Aku terdiam sejenak. Ya. Aku perlu berubah. Berubah kearah kebaikan. Aku tidak mahu kecewakan orang sekeliling aku. Tapi ? Adakah aku hanya bercakap kosong ?
Sincerely: AqilahIzzati
|