I'm Waiting You
Who?



Nama diberi Aqilah Izzati. Pelajar SPM tahun 2013
Dear Stalker, please be nice here :)



Story About Links Goodies

Find Me

Contact me at...

: Aqilah Izzati
: @aqilahizzati
: - - -
: _aqilahizzati
: aqillahizzati@yahoo.com


Follow Me

Raya VS Trial
Thursday, August 15, 2013 | 8:24 AM | 0 BlackWhite
Harini, aku menghabiskan masa aku dengan mengedit blog, blog yang telah lama bersawang terlalu banyak habuk aku dapati. Aku tukar skin, tukar lagu, dan sebagainya. Kini blog aku sudah pun berubah wajah. Wajahnya kini sudah cantik lagi menawan, macam tuan punya blog ni . Betul kan ? Aku tak tipu ...
Terlalu cepat masa berlalu, aku juga terlalu sibuk mengejar masa, masa untuk menghantar folio dan lain lain, kini alhamdulillah semuanya sudah siap. Tidak perlu lagi aku harus stayback sampai pukul 4. Tapi, ada yang menunggu aku ... dia setia menunggu aku iaitu SPM.
Malam masih muda, sambil aku mengunyah waffle, aku terfikir apa yang aku nak ceritakan ... jadi kunyah punya kunyah terhasil lah sebuah tajuk untuk post harini iaitu, RAYA VS TRIAL.
Raya : 
Pada 1 Syawal yang lepas, aku beraya di kampung aku KELANTAN. Seronok memang seronok . Tapi, terasa janggal apabila sudah tiada lagi insan yang bernama Muhammad Razif Bin Ismail (al-fatihah). Aku sedih, sebab aku tak dapat pergi kubur arwah ... adakah aku kejam ?
Aku duduk kat kampung dalam seminggu, tiada apa yang menarik, sama seperti tahun yang lalu. Duit raya yang aku dapat hanya 100 lebih, aku bersyukur ... sebab dalam banyak-banyak tahun, tahun ni aku rasa paling banyak. Jadi, aku balik KL hari isnin lepas, rindu KL ? hmm boleh lah. Tapi bila dah sampai KL nak balik Kelantan balik, selalu macam tu, lumrah manusia..
Trial :
Dalam bulan Syawal ni, aku tidak dibenarkan beraya sakan kerana Trial SPM menunggu aku. 28hb ni aku bakal menduduki peperiksaan percubaan. Tapi, aku rasa aku raya sakan je. Buku pun aku tak bawak masa balik Kelantan. Aku risau .. risau bagaimanakah keputusan aku nanti ? adakah teruk ? aku harap tidak, aku nak banggakan mama dan abah aku. Aku taknak sejarah berulang ...
Jadi, inilah serba sedikit tentang Raya dan Trial .. walaupun dah terlambat, aku tetap nak wish, 

SELAMAT HARI RAYA, MAAFKAN AKU JIKA AKU ADA BUAT KORANG TERASA , SAKIT HATI DAN SEBAGAINYA, HARAP KORANG MAAFKAN AKU

sincerely :
AqilahIzzati♥ 



Older Post | Newer Post